Rukunegara

From Wikisource
Jump to navigation Jump to search

BAHAWA SA-NYA NEGARA KITA MALAYSIA mendukung chita2 hendak

menchapai perpaduan yang lebih erat di-kalangan seluroh masharakat-nya;
memelihara satu chara hidup demokratik;
menchipta satu masharakat yang adil di-mana kema'amoran Negara akan dapat di-nikmati bersama sechara adil dan saksama;
menjamin satu chara yang liberal terhadap tradisi2 kebudayaan-nya yang kaya dan berbagai chorak;
membina satu masharakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknoloji moden;

MAKA KAMI, ra'ayat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluroh tenaga dan usaha kami untuk menchapai chita2 tersebut berdasarkan atas prinsip2 yang berikut:-

Keperchayaan kapada Tuhan
Kesetiaan kapada Raja dan Negara
Keluhoran Perlembagaan
Kedaulatan Undang2
Kesopanan dan Kesusilaan