Page:Jstraitsrsa31-33.pdf/150

From Wikisource
Jump to navigation Jump to search
This page needs to be proofread.

penengar, yang bermaligai gading, berukir berkrawang, bersendi bersindura, bewerna sadalinggam, yang berayer 'mas, yang beristana sa-yojana menentang. Yang bersungai berikat batu pelinggam, yang upama chermin sudah terupam, yang berpanchur. an 'mas bepermata bebrapa deri-pada panchuran pêrak; raja yang mengampukan perbendahara'an deri-pada seni 'mas, dan seni pêrak, dan deri-pada galian 'mas yang dalam negri Priaman pada gunong negri Salida; yang mengampukan permata sembilan jenis, yang berpayong 'mas bertimbalan yang hrat-rya berratus kati; yang berpeterana 'mas, yang berchiu 'mas: raja yang mengampukan kuda yang berpelana 'mas, yang berrumbai-rumbaikan 'maa, yang brat uya berratus kati, yang berkekang 'mas bepermata; raja yang berzirah suasa, dan berketopong suasa, dan yang bergajah bergading 'mas, berkumlan pêrak, bergenta suasa, yang berrantai suasa; raja yang bergajah herrengka tinggi suasa, dan yang berprisai auasa, dan yang berlembing suasa, dan yang istinggar suasa, dan yang berkuda yang berpelana suasa, dan yang bergajah kursi pêrak, dan yang berkop perak, dan yang bergong suasa, dan yang beralat 'mas dan suasa dan pèrak, dan yang bertimba 'mas bepermata; raja yang menyenggrahakan nishan diri deri-pada nishan 'mas, yang berglar Megat Alam, yang turun-temurun deri-pada raja bernishan suasa; raja yang mengampukan raja-raja yang berratus-ratus deri-pada pihak mashrak, yang dalam negri yang t'alok ka-Deli, dan yang dalam negri yang t'alok ka- Batu Sawar; dan deri-pada pihak maghrib, yang dalam negri yang t'alok ka-Priaman, dan ka-Barus; raja yang memuat gajah pepraigan tujoh-puloh deri laut, dan bebrapa deri-pada segala pakaian, dan persenggrahan yang indah-indah, dan deri-pada segala senjata yang mulia-mulia; raja yang beroleh kelebeban deri-pada lempah kelebehan Tuhan serwa 'alam sakalian dalam takhta keraja'an negri Acheh, Daru 's-salam; iaitu raja yang netiasa menguchap puji-pujian akan Tuhan serwa 'alam sakalian deri-pada di-lêmpahkan-nya kelempahan karunia-nya pada menyerahkan negri deri-pada pihak mashrak seperti Lubok, dan Pedir, dan Semerlang, dan Pasangan, dan Pasai, dan Perlak, dan Basitaig, dan Tamiyang, dan Deli, dan Asahan, dan Tanjong, dan Papi, dan Rekan, dan Batu Sawar, dan segala negri yang t'alok ka-Batu Sawar, dan Perak, dan Pahang, dan Indragiri, maka deri-pada pihak maghrib seperti negri Chalang, dan Daya, dan Barus, dan Pasaman, dan Tiku, dan Priaman, dan Salida, dan